"Sungguh Syaitan itu adalah musuh yang nyata. Mempunyai seribu satu strategi, menyingkap yang tidak sirna, memutarbelitkan perkara yang batil agar kelihatan seperti hak. Sungguh kekuatan mereka seperti suatu jentera penyerang yang hadir menyerang hati insan agar sentiasa lalai daripada seruan langit. Bersediakah kita?"
Ramadhan. Bulan yang penuh dengan hikmah dan barakah. Menjadi perhentian perjalanan kita, umpama stesen minyak bagi sebuah kereta. Ya, kereta perlukan minyak untuk bergerak lebih jauh kan? Dari KL nak ke Kedah, mesti ada berhenti di satu dua stesen. Ke tak berhenti lansung? Canggih kereta itu kalau tak berhenti lansung. Guna tenaga solar eah? Orang kaya bolehlah, kita golongan apakan daya ini, biasa-biasa sudah..
Begitu juga keadaannya dengan perjalanan hidup seorang mukmin ini. Ramadhan sebagai stesen untuk kita mengecas kembali iman kita. Setelah berbulan-bulan mujahadah melawan nafsu dan dibantu pula oleh musuh Allah yang nyata, syaitan. Penat..banyak kali juga diri ini tewas, kian kali juga diri ini khliaf.
Namun Allah itu Maha Mengetahui, Dia faham akan keadaan hambaNya. Dikurniakan bulan Ramadhan sebagai tempat untuk hambaNya bangkit kembali menyahut seruan langit. Tapi.......bagaimana dengan ramadhan kita sahabat?
Tak..tak..salah tanya.
Bagaimana dengan iman kita sahabat? Bagaimana dengan ibadah dan akhlak kita? Tingkah laku kita? Pemakaian kita? Amalan kita? Pergaulan harian kita? Kata-kata yang kita lontarkan? Adakah masih sama seperti sebelumnya? Atau ada perubahan ke arah kebaikan? Alhamdulillah..Atau ada perubahan ke arah yang tidak baik? Nau'zubillah min zalik..
Sungguh, adakah di stesen kita ini kita sekadar berehat tanpa mengisi minyak? Berehat tanpa pergi ke pasaraya 'Mesra' (kalau Petronaslah) untuk membeli air dan makanan sebagai bekal? Atau adakah kita tidak mengejar bonus yang mana, jika kita berjaya memperolehinya, kita diberi makan free selama 1000 bulan?
Oh, sahabat. Adakah anda menjadi mereka yang hanya berehat tanpa buat apa-apa? Jika demikian, Hari Raya ini bukanlah untuk anda. Hari Raya ini untuk mereka yang mengambil segala peluang itu. Umpama seorang askar yang sudah penat berlawan, berehat sambil memperoleh tenaga semula. Kini bersedia untuk berperang kembali. Sebab apa? Sebab, musuh kita dah nak datang dah itu.
Allah dah nak lepaskan itu. Dah bersedia nak hadapi mereka? Askar yang kepenatan tentu mudah sahaja musuh kita itu tumbangkan. Namun jika kita antara mereka yang mengecas tenaga sepenuhnya ketika di stesen tadi, insyaAllah. Mereka itu mampu kita tumpaskan. Ingat, mereka itu tidak lemah..tapi bukanlah bermakna kebal..jika kita dah cas tenaga, insyaAllah ikhtiar itu lebih utama, kita boleh kalahkan mereka.
Jadinya bagaimana sekarang? Anda dah bersedia nak hadapi musuh yang bukan calang-calang itu? Yang berjaya menghasut ayah kita agar terkeluar dari syurga. Yang berjaya menghasut mukmin sehingga terjadinya perang saudara. Yang menghasut manusia sehingga terbunuhnya Amirul Mukminin, Zun Nur Ain dan KaramAllahu Wajhah. Yang berjaya menghasut Kerajaan Umayyad sehingga runtuhnya ka'abah.
Anda dah bersedia? Jika belum..jangan risau, ramadhan masih ada..walaupun sehari, tapi inilah pecutan terakhir kita! Dah nak sampai ke garisan penamat dah ini. Takkan nak berjalan sambil bergoyang kaki sahaja kan apabila hampir ke garisan penamat? Kita mesti pecut! Baru boleh menang! Yosh!!!!!
Jom jom!! Pecutan terakhir Ramadhan!!
Lupa pula..dengan kesempatan yang ada, ana mohon maaf jika ada khilaf. Kepada pelawat blog ini terutamanya. Almaklumlah, ana ini manusia biasa, tidak sempurna. Allah juga yang beri hidayah taufiq kepada ana untuk berubah. Serta beri kesedaran kepada ana melalui pengunjung yang melawat blog ini. Apa pun, kami tukin sekeluarga mengucapkan Selamat Kembali Kepada Fitrah! Maaf jika ada khilaf.
Comelnya!
Yosh ! Asyik yosh sahaja.
ReplyDeleteBanyak analogi yang tak pernah terbayang dek kepala otak yang malas 'berfikir' ini.
Well said Akmal san.
Ramai yang kecundang di penghujung Ramadhan, ibarat bulan ini hanya sebagai (macam mana nak cakap ek)...
Ramai yang anggap ini bulan yang berat sebelum menghadapi Syawal itu sendiri. Seolah-olah penuh ranjau. Padahal Ramadhan itulah yang menjanjikan 1000 kebaikan bagi yang merebutnya.