Saturday, 20 August 2011

Andai Islam itu mampu berbicara..~




"Hikmah dan kebijaksanaan adalah hak milik mukmin, dimana sahaja kamu menjumpainya maka kutiplah."

Ramai yang menyangka hidup kita ini hanya semudah urutan angka 0-9 seperti bertambahnya usia, makin hari makin kita dipenghujungnya. Sesekali, renunglah seketika..~

Untuk apa kehidupan ini, mengapa kita dilahirkan dan diberi peluang untuk membina impian. Dari sekecil bayi sehingga memegang jawatan..guru, doktor, jurutera dan apa sahaja sekalipun kalian..Kehidupan kita dari semalam dan hari ini masih sama, pergi kerja - balik kerja..melihat anak-anak membesar di hadapan mata, hanya sesekali zikir membasahi bibir..adakah hanya semudah itu kehidupan?


Ambil sesaat ini,saat yang kalian sedang membaca warkah yang dikarangkan dalam daifnya bahasa ini..sekadar peringatan dan motivasi ummah yang kian hilang.

Tanyakan seketika pada diri kalian, sejauh mana sumbangan kalian pada Islam..andai dipanggil menghadapNya, apakah alasan terbaik yang mampu kita berikan..saat kita melihat Islam makin lesu ditindas oleh musuh yang tak pernah tahu diam.

Sesekali bayangkan, andai Islam mampu bersuara.. pasti sumpahannya adalah pada kita, ummat yang tak pernah ada kesedaran..mereka musuh di luar sana bukanlah hebat kerana mereka kuat, tetapi mereka kuat kerana kita yang pengecut..mereka kuat kerana kita bersikap tidak endah, mereka kuat kerana sikap kita yang makin hilang maruah.

Kerana dalam hidup kita, ‘asal aku bahagia’ menjadi prinsip utama..dan pada kita, cukuplah ‘aku sembahyang lima waktu, mentaati apa yang patut dan aku tidak membuat dosa’menjadi pegangan hidup.

Tetapi kita lupa, setiap hari lima waktu kita bersumpah ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untukMu Tuhanku’..untuk siapa hidup ini? Dan Islam yang makin lesu itu, milik siapa? Dan siapa yang mengajar kita bersumpah seperti itu kalau bukan Islam yang kita agungi.

Dan hari ini, andai terbit kesedaran dalam hati..bangunlah insan, Islam yang kita anuti sudah makin hilang maruahnya. Dan ia menagih sumbangan dan sokongan kita semua, setelah sejauh ini perjalanan usia apakah sumbangan yang mampu kita berikan..zikir dan ibadah semua itu hanyalah untuk kita, tetapi untuk agama?

“Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia adalah kamu.."

-Abu al-A'la al Maududi-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...