Monday 11 April 2011

Strategi Perang Tentera Muslim..~

"Allah did not promise that life would be easy, but He did promise to go with you. Every step of your life, with Him by your side."




Yosh!


Dah lama rasanya tak bercerita perihal sahabat baginda Rasulullah S.A.W ini. Almaklumlah, apabila dah berjinak-jinak dengan internet ini, macam-macam ilmu baru ana dapat. Jom, kali ini ana nak kongsi sikit bagaimana strategi Perang Pejuang Allah suatu masa dahulu yang menyebabkan Islam itu berkembang di persada tanah air.



Selain daripada faktor kekuatan aqidah dan rohaniah yang merupakan tunjang asas dan utama dalam peperangan menegakkan Islam, Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan juga para pahlawan Islam yang lain tidak melupakan satu lagi cabang penting dalam hidup mereka iaitu ilmu dan strategi peperangan. 


Kaedah peperangan ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan pahlawan Islam sebelum kemunculan Turki Uthmaniyyah adalah berasaskan pertempuran secara 'mendada' atau 'hand-to-hand combat'
Smart pertarungan seumpama ini. Baru menampakkan keberanian dan betapa mereka mencintai syahid di jalanNya.


Kalau nak bandingkan dengan peperangan pada masa kini yang lebih kepada penterjemahan ilmu melalui peralatan moden yang canggih dan 'pertempuran jarak jauh',<<tak best dan tidak menampakkan kematangan serta kekuatan fizikal tulang empat kerat..~


Zaman dahulu best, lebih menggunakan ilmu refleksi dan akal ketika di medan tempur.


Jom ana senaraikan beberapa kaedah strategi peperangan yang menjadi kegemaran para sahabat (tidak semua) dan juga para pahlawan Islam yang lain.







Khalid al-Walid 


Salah seorang sahabat Nabi yang digelar 'Saifullah al-Maslul'. Beliau mahir dalam pertempuran yang melibatkan tentera berkuda (kavalri). Pasukannya juga dilatih untuk menjadi tentera berkuda berkelengkapan ringkas (light cavalry). Kelengkapan ringkas ini dapat dilihat apabila mereka hanya menggunakan peralatan asas peperangan iaitu, kuda, perisai manusia, dan pedang. 


Dengan tentera berkuda jenis inilah, Khalid berjaya menewaskan tentera Rome Byzantine dalam Peperangan Yarmuk. Kaedah 'serang-lari-serang' menyebabkan tentera Rome Byzantine yang mempunyai tentera berkuda berkelengkapan berat (heavy cavalry - perisai kuda, perisai manusia, baju besi, pedang) menghadapi masalah untuk bertempur dengan tentera Islam pimpinan Khalid yang terkenal dengan kepantasannya (agility).








Sa'ad ibn Abi Waqqas 


Dilantik menjadi panglima perang ketika Peperangan Qadisiyyah menentang Parsi Sassanid. Berbanding dengan kegemaran Khalid yang memang suka menggunakan kuda dan kepantasan sebagai asas dalam strateginya, Sa'ad yang merupakan pemanah terbaik dalam kalangan para sahabat Nabi pula lebih gemar menggunakan tentera pejalan kaki (infantry) di samping tentera berkuda sebagai tentera sokongan.


Sesuai dengan kegemarannya, Sa'ad telah menerapkan kemahiran memanah di dalam tenteranya untuk menewaskan tentera Parsi yang ketika itu menggunakan tentera bergajah. Serangan panah yang banyak dari jarak jauh mampu membuatkan struktur serangan tentera bergajah Parsi kucar-kacir dan menyebabkan pasukan ini tewas dan maut. Dengan langkah yang bijak, ini dapat menjimatkan jumlah tentera pejalan kaki daripada bertempur secara berdepan dengan tentera Parsi.







Salahuddin Yusuf ibn Najmuddin Ayub (Salahuddin al-Ayubi) 


Panglima perang berketurunan Kurdis ini gemar untuk menguasai oasis ataupun takungan air di suatu tempat sebelum peperangan. Ketika ini, Salahuddin menghantar ramai perisik untuk mengenalpasti tempat oasis dan juga bentuk muka bumi sesuatu tempat sebelum peperangan. Untuk itu, Salahuddin menjadikan kekuatan bahagian risikan adalah merupakan tunjuang utama dalam strategi peperangan dengan pihak musuh. 


Dengan penyelarasan yang tepat, Salahuddin telah melumpuhkan sumber bekalan asas pihak musuh (logistic) bagi melemahkan moral dan kekuatan pihak musuh seterusnya dapat menewaskan tentera Salib dalam Peperangan Hittin. 








Saifuddin Muzaffar al-Qutuz 


Sebelum ini, tentera Islam terkenal dengan kepantasannya telah ditewaskan dengan kepantasan serangan tentera berkuda Mongol pimpinan Hulagu dengan dibantu oleh Kitbuqa dalam Peperangan Bukhara, Peperangan Samarkhand, dan juga Kejatuhan Baghdad


Untuk itu, Saifuddin al-Qutuz mengubah strategi dengan menyerang balas tentera Mongol di Ain Jalut. Dalam Peperangan Ain Jalut, Saifuddin menggunakan tentera berkuda berkelengkapan berat (heavy infantry) untuk menyerap serangan pantas tentera Mongol. Kaedah pertempuran tentera Islam ketika ini adalah dengan 'serangan sambil bertahan' . Serangan mengejut juga digunakan untuk menewaskan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa ketika itu dengan memerangkap dan mengepung tentera Mongol di lembah Ain Jalut.


Life at its best is a series of challenges. A big enough challenge will bring out strength and abilities you never knew you had. Take on challenges and you will bring yourself to life..~


Always believe the best you can be and have faith in the thing you can do..


Jika orang lain boleh, kenapa kita tidak? Jika dahulu Salahuddin al Ayyubi boleh menakhluk Jerussalem dengan kepimpipinan kenapa kita tidak? Even langkah masih jauh, tetapi selagi belum berhenti..InsyaAllah..~


Yosh!!!


Let's bring back the glory of our past..~

2 comments:

  1. Bermanfaat.
    Semoga diredhai Allah...

    'Agama Allah di dunia & Agama Allah di akhirat"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...