Friday 7 January 2011

Menanti Kelahiran Ahli Baru







"Ketahuilah dengan mengingati Allah,jiwa akan menjadi tenang"



Sudah setahun saat terindah buat mereka berlalu, kehidupan sebagai suami isteri menjadi penyubur cinta mereka kepada Ilahi.Si suami bekerja dalam bidang engineering work,walaupun di rumah mertuanya tidak selalu kelihatan, tetapi itulah amanahnya mencari nafkah. Biarpun merentas segala jenis kereta,terpaksa meredah lantai yang berminyak,bermandikan peluh,bermain dengan api wheelding.Dia tetap tabah mengharunginya,kerana Dia ialah suami.Begitulah tanggungjawab suami yang sejati.Sanggup melakukan apa sahaja bagi memberi kebahagiaan kepada si Isteri.

Balut jangan tak balut..






Coretan buat si isteri pula, semailah kecintaanmu sepenuh hati buat suamimu.Di bahumu tergalas beban,perjalananmu penuh rintangan,kau titipkan kasih sayang,sejujur pengorbanan,tidak dapat dinafikan.Wahai si Isteri,jika suami terteguk racun,kau carilah penawarnya.Sungguh penawar itu paling bererti bagi suamimu.Isteri,janji telah dipateri,diijabkabulkan dan dirahmati,detik pertemuan dan pernikahan,dihujani air mata kasih,demi syurga Ilahi.


Bak pahlawan dan serikandi...


Isteri hamparan dunia,
Suami langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman,
Suamilah pemagarnya,
Isteri bagai kejora,
Suami menjadi purnama,
Tika isteri beri hempedu,
Suami tabah menelannya.

Kenangan manis buat mereka..

Suami:

Mohd Farhi Sharif
18 September 1985



Isteri:

Umi Nadia Tukin
31 Disember 1985 (maaf acik,terlupa tulis berkenaan hari jadi acik hari itu)



Tarikh Perkahwinan:

14 Mac 2009


*Mengimbau kembali kenangan lalu...



KAD JEMPUTAN (ada Peta,takut tersesat..)



Banyaknya hantaran...



Pekerja sambilan sewaktu majlis perkahwinan dijalankan...


Tukang basuh cawan:

Ajim
Amal


Tukang basuh pinggan:

Agus
Abrar
Amin... (ye ke?)
Ehsan kot..


Tukang menghabis lauk:

Wafi
Hafiz
Aifa


Tukang masak:

Ramai sangat,ibu-ibu banyak membantu.



Penyambut tetamu:

Atuk
Nenek


Penghias bilik pengantin:

Wak Mala
Wak Jah
Acik Lin
Acik Mawar
Acik Ida


Waiter:

Wak Shahrom
Wak Wahidan
Paman Hassan
Paman Marzuki


Persembahan:
(Silat)

Alam
Amal



Mantap dan bergaya..


Tukang menyibuk:

Budak-budak kecil dan budak-budak perempuan..



Koleksi Acik Umi(rupanya minat komik)




Kini,kami menunggu kelahiran ahli baru keluarga kami.Katanya 8 Januari ini operate.InsyaAllah kami doakan moga Acik Umi kesayangan kami selamat dalam menjalani ujianNya ini.Tabahkan hati,kuatkan semangat,Yosh!Ganbare!

8 Januari 2011...nantikanlah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...